Home / artis / Shahir Tak Terkejut G0sip Erra Fazira Isteri Kedua Ahli Politik..“Kalau Dia K4hwin Itu Benda Baik”

Shahir Tak Terkejut G0sip Erra Fazira Isteri Kedua Ahli Politik..“Kalau Dia K4hwin Itu Benda Baik”

Sebelum ini pernah menjadi pasangan kekasih, penyanyi Shahir Zawawi berkata dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra Fazira jika benar aktres tersebut sudah berkahwin dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra, Shahir berkata tiada perasaan kecewa. Katanya lagi, jika ianya perkara baik, tidak perlu rasa terkejut.

“Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya.

“Saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya kalau dia kahwin itu benda baik.

“Bukannya kena tangkap, kalau benda baik tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tak rasa kecewa malah doakan kebahagiaan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir berkata buat masa ini masih belum ada kekasih dandia tidak memikirkan soal cinta kerana hanya mahu fokus pada kerjaya sahaja.

“Sekarang saya masih belum ada kekasih, kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. Saya ini masalah susah nak fokus dua tiga benda. Bila ada gangguan, fokus saya jadi lari,” katanya.

Terdahulu, Erra mendedahkan hubungannya dengan Shahir sudah pun berakhir sejak Januari 2019 namun mereka masih berkawan baik.

SUMBER :  MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.