Home / kisah hidup / “Pakai Selipar Asadi Je, Mana Ada Orang Betul-Betul Kaya Baling Duit”

“Pakai Selipar Asadi Je, Mana Ada Orang Betul-Betul Kaya Baling Duit”

Baru-baru ini, keluarga pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian ramai apabila menaiki helikopter bercuti ke Pulau Redang.

Selepas menaiki helikopter, keluarga itu menyambung percutian mereka dengan menaiki kapal layar mewah milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Namun, apa yang menjadi perhatian ada satu gambar dikongsikan dimana hartawan terkenal itu hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mamaki selipar berjenama Asadi.

Rata-rata netizen terkejut serta memuji pakaian hartawan itu yang hanya biasa-biasa sahaja tidak seperti orang yang ‘mula nak kaya’.

“Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul billionaire, bukan macam si polan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah,” tulis seorang netizen.

“Biasa gila, kalau orang tak kenal tan sri ni ingat macam orang kampung biasa saja,” kata seorang lagi netizen.

Tan Sri Vincent Tan sememangnya terkenal dengan kekayaannya, malah beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England.

SUMBER : CARI FORUM

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.