Home / artis / “Mungkin Ramai Tak Tahu Sampailah Kita Sendiri Di Luar Negara…” – Lana Nodin Mohon Henti Diskrimn4si V4ksin

“Mungkin Ramai Tak Tahu Sampailah Kita Sendiri Di Luar Negara…” – Lana Nodin Mohon Henti Diskrimn4si V4ksin

Pelakon Lana Nodin meminta orang ramai untuk berhent1 mengam4lkan diskrimin4si tentang isu berkaitan dengan v4ksinasi COV1D-19.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Lana memaklumkan kebanyakan syarikat penerbangan dan masyarakat di luar negara lebih bersikap terbuka dan tidak mendiskriminasikan mereka yang tidak mengambil vaks1n.

“Mungkin ramai yang tak tahu, sampai lah kita sendiri sudah berada di luar negara yang kebanyakan syarikat penerbangan dan kebanyakan negara lain tidak diskriminasi tentang vaks1n.

“Jangan mudah percaya berita-berita palsu atau berita mulut ke mulut kerana itulah mulanya Fear Mongering,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Lana juga menyatakan pendapatnya bahawa pengambilan v4ksin COV1D-19 adalah hak individu dan masyarakat perlu saling menghormati keputusan orang lain.

“Ambil dan tidak ambil itu hak masing-masing, jadi tolong hormat keputusan sesama sendiri dan hentikan diskriminasi sesama kita,” kongsinya lagi.

Lana yang kini menetap di Amerika Syarikat mengulas perkara itu selepas melihat sebuah video tular yang membabitkan sebuah syarikat penerbangan.

Video yang dirakamkan oleh orang awam itu menunjukkan situasi di mana pramugari terp4ksa menenangkan seorang penumpang yang mengamuk dan mendakwa tempat duduknya di dalam kapal terbang itu bersebelahan dengan individu tidak div4ksin.

Bagaimanapun, kapten kapal terbang itu kemudiannya muncul dan memberikan teguran sebelum menyuruh penumpang itu keluar daripada kapal terbang kerana mengg4nggu kententeraman awam.

“Saya tahu betapa mencabarnya untuk kita berada dalam penerbangan kebelakangan ini, bagaimanapun tidak akan ada diskriminasi dalam penerbangan saya.

“Sama ada v4ksin atau tidak v4ksin, kita patut menghormati antara satu sama lain dan nampaknya anda mengalami kesukaran untuk melakukan perkara itu, sila tinggalkan penerbangan ini”

Tindakan kapten dan pramugari itu mendapat tepukan ramai kerana mempunyai kesabaran yang tinggi dan masih kekal bersopan sewaktu mengendalikan wanita tersebut.

Rata-rata penumpang juga menunjukkan rasa respek dengan menepuk tangan selepas mendengar kata-kata kapten itu.

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.