Home / artis / Iwan Selalu Tarbiah Aprena & Oktovia, Syukur Sekarang Dah Berhijab

Iwan Selalu Tarbiah Aprena & Oktovia, Syukur Sekarang Dah Berhijab

Bapa kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu penyanyi dangdut Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dua anak perempuannya itu kini sudah berhijab.

Tidak pernah memaksa dua anaknya itu untuk berhijab, Iwan berkata dia hanya terus menasihati mereka agar berubah ke arah lebih baik.

“Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

“Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus. Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya nasihatkan mereka untuk berubah,” katanya.

Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga lain, Iwan berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

“Saya tidak akan pituskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab,” katanya.

SUMBER :  MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.