Home / artis / Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang menjadi perhatian, penyanyi sensasi, Aliff Aziz turut menyertai GV kali ini.

Meskipun dia kini aktif mendalami agama dan menyertai kumpulan tabligh, Aliff berkata niatnya hanya untuk mencari rezeki untuk keluarga.

“Ini adalah satu pekerjaan, Aliff tak nak kata pekerjaan ini… pekerjaan itu. Niat Aliff hanya untuk mencari nafkah and rezeki untuk keluarga. At the same time kita buat balik apa yang kita pernah buat dulu yang kita dah pernah tinggal sekejap,” katanya.

Aliff berkata hatinya terbuka untuk menyertai GV adalah platform terbaik untuk kembali ke dunia seni selepas sekian lama berehat.

“Gegar vaganza adalah satu pentas besar dimana kita yang mungkin dah lama rehat, kita dapat peluang untuk disatukan di atas satu pentas buat persembahan menghiburkan dan dapat lepaskan gian untuk buat persembahan.

“Sebenarnya Aliff pernah dapat offer dua tahun lepas cuma pada waktu itu Aliff sedang melalui fasa kehidupan kurang baik dan kekangan masa. Aliff anggap masa tu bukan rezeki Aliff,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

DSV Terjah Restoran ‘Siakap Seribu’ Di Langkawi

Sejak minggu lalu tular mengenai kontroversi siakap harga kayangan di media sosial. Isu tersebut turut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *