Home / artis / “Terima Kasih Sudi Jadi Teman Saya Di Dunia, Semoga Saya Dapat Teman Awak Di Syurga”

“Terima Kasih Sudi Jadi Teman Saya Di Dunia, Semoga Saya Dapat Teman Awak Di Syurga”

Menerusi satu perkongsian baru-baru ini, penyanyi Elyana memuat naik ucapan hiba sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.

Menurut Elyana, sepanjang 11 tahun perkahwinan mereka itu dia diuji dengan sakit dan menderita kanser selama 10 tahun.

“Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun. Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Elyana turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya yang sudi menjadi teman hidupnya di dunia dan berharap dapat menemani suaminya di syurga.

“Terima kasih sudi menjadi teman saya didunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya.

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap empat. Julai lalu, Elyana menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati kanser dihadapinya sejak 10 tahun lalu.

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.