Home / artis / “Bagi aku xpenting balik kampung,holiday ke rentas negeri ke rentas negara ke aku tak kisah” Rita Rudaini

“Bagi aku xpenting balik kampung,holiday ke rentas negeri ke rentas negara ke aku tak kisah” Rita Rudaini

Umum mengetahui bermula semalam aktiviti rentas negeri telah pun dibenarkan selepas kerajaan mengumumkan mengenai perkara itu pada Ahad lalu.

Ketika ramai teruja mahu pulang ke kampung bertemu ibu bapa serta bercuti, lain pula bagi pelakon Rita Rudaini yang tidak kisah jika tidak dapat berbuat demikian.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita berkata apa yang lebih penting baginya ketika ini adalah soal kesihatan. Rita turut meluahkan rasa hairan mengapa mereka yang sudah cukup syarat untuk merentas negeri bersikap busuk hati dan dengki terhadap dirinya.

“Bagi aku, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in (makan di restoran). Aku tak batak. Apa yang penting bagi aku sekarang kesihatan. Itu keperluan asas aku sekarang,” katanya.

“Korang yang dapat rentas dan dine-in pun masih nak dengki busuk dengan aku? Memang lawak terbaik!” katanya.

Menerusi satu entri lain, Rita mendoakan agar mereka merentas negeri selamat tiba destinasi masing-masing namun Rita sempat menyindir netizen yang sering memaki hamun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.

“Sister (saya) doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.

“Kita saudara sesama Islam. Takkan perangai macam hanjing (anjing) hari-hari? Tak penat ke menganjing (memerli) dan jadi anjing?.

“Patut kita lawan Covid-19. Tapi sekarang Islam bergaduh dengan Islam. 24 jam mulut tu keji, maki, hamun. Eh, silap! Mereka ‘berzikir’,” sindirnya.

Terdahulu, Rita mengakui tidak kisah namanya digugurkan daripada mana-mana drama termasuk drama 100 episod kerana belum mengambil vaksin.

SUMBER :  KOSMO!

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.