Home / artis / Sweet Qismina, Adam Lee Selamat Bertunang

Sweet Qismina, Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan kepada pelakon Sweet Qismina dan kekasih hatinya, pelakon Adam Lee mengumumkan selamat mengikat tali pertunangan selepas dua tahun bercinta.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sweet dan Adam berkongsikan gambar di hari pertunangan mereka berserta tanda pagar #AdamSweetEngagementDay.

Masing-masing segak dan tampan menyarungkan persalinan busana tradisional berwarna biru muda. Malah, pasangan itu juga turut menunjukkan cincin pertunangan mereka dengan batu berwarna biru.

Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Semoga dipermudahkan urusan sepanjang mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun pasangan itu tidak memaklumkan lagi bilakah tarikh pernikahan mereka.

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.