Home / kisah hidup / Sanggup Guna Duit PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto

Sanggup Guna Duit PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto

Penggunaan mata wang kripto kini hangat diperkatakan orang kerana ada pihak yang mendakwa telah menjadi kaya selepas membelinya pada waktu mula-mula ia diperkenalkan.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain emas, skim penipu4n yang hangat di Malaysia termasuklah pelaburan mata wang digital, forex dan skim cepat kaya yang masih lagi menular.

Terbaharu, lebih 50 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bharu, Kelantan terpaksa menanggung kerVgian angkara terped4ya dengan skim cepat kaya pelaburan mata wang kripto.

Memetik laporan Berita Harian, kerugian tersebut lebih RM200,000 apabila masing-masing membuat pelaburan antara RM1,000 hingga lebih RM10,000.

Guna wang PTPTN

Mereka yang terpedaya ini sanggup menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas gelap mata mengaut keuntungan melebihi satu peratus sehari dan 30 peratus sebulan itu.

S4lah seorang penuntut yang berusia 21 tahun menjadi m4ngsa skim itu berkata, dia mula memasuki pelaburan membeli mata wang kripto apabila seorang pensyarahnya yang juga membuat iklan di dalam kumpulan WhatsApp pada Jun lalu.

Katanya, dia mula memasukkan wang RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza sehingga mengalami kerugi4n keseluruhan hampir RM3,900.

“Lebih m4lang, saya mengajak adik membuat pelaburan dengan jumlah RM2,800 kerana percaya pelaburan itu memberi keuntungan selepas melihat akaun saya bertambah menjadi lebih RM9,000 namun tidak sempat untuk mengambilnya.”
“Pada 18 Oktober lalu, akaun pelaburan saya tidak dapat dibuka dan saya serta rakan lain menyedari kami dit1pu sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Khamis lalu,” katanya.

Terp4ksa catu makanan

Angkara penipvan skim pelaburan itu telah membuatkan dirinya buntu dan berasa tertek4n kerana tidak mendapatkan keuntungan, malah wang modal lebur menyebabkan tiada wang untuk membeli makanan.

Dia terp4ksa mencatu untuk perbelanjaan makan dan mengharapkan ihsan rakan selain tidak memberitahu ibu bapa kerana bimbang dim4rahi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu sebelum melabur bagi mengelakkan kerugi4n.

Seperti yang dinyatakan oleh Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook, kebanyakan kes penipvan di negara ini biasanya menggunakan nama kripto untuk mengumpul wang daripada orang awam.

Menurutnya, kes penipvan membabitkan mata wang kripto juga terjadi disebabkan masyarakat kurang memahami urus niaga tersebut.

Sumber: BH

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.