Home / kisah hidup / Ryzal keLam kabut nak sambut kel4hiran anak sulung, terl4nggar side mirror dua buah kereta – “Bayi keluar dari r4him Maryam, terus air m4ta saya j4tuh”

Ryzal keLam kabut nak sambut kel4hiran anak sulung, terl4nggar side mirror dua buah kereta – “Bayi keluar dari r4him Maryam, terus air m4ta saya j4tuh”

Selebriti media sosial, Maryam ‘Duriankimchi’ selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi sebuah posting di laman Instagram yang memaparkan wanita warga Korea Selatan itu sedang mendukung bayi perempuannya di atas katil hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Pempengaruh berusia 29 tahun itu memaklumkan, dia dan bayinya dalam keadaan sihat selain bersyukur urusan bersalin dipermudahkan serta berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraannya.

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin. Terima kasih semua doakan saya,” tulis pemilik nama Maryam Younarae itu.

Menerusi satu posting di laman Instagram milik suami Maryam iaitu Ryzal Ibrahim, lelaki berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata mereka memilih nama puteri kesayangan mereka sebagai Rina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Assalamualaikum warahmatullah. Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya. Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Kedua-dua posting tersebut dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikut mereka atas kelahiran zuriat terindah itu sekali gus mendoakan agar bayi berkenaan menjadi anak solehah.

Pasangan itu mula dikenali apabila media tempatan kerap berkongsi mengenai Maryam yang memilih Islam sebagai pegangan hidup sebelum melangsungkan perkahwinan.

Mereka menjadi popular selepas menghasilkan pelbagai video sebagai pasangan suami isteri yang berbeza budaya di saluran YouTube mereka iaitu Duriankimchi TV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Sumber: OMM

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.