Home / artis / Ramai pelik kenapa senario jarang dijemput sebagai juri program lawak. Sekali Saiful Apek tampil beri k0men padu buat ramai terkedu.

Ramai pelik kenapa senario jarang dijemput sebagai juri program lawak. Sekali Saiful Apek tampil beri k0men padu buat ramai terkedu.

Pelakon dan pelawak Saiful Apek menjawab persoalan warganet yang mempersoalkan mengapa kumpulan Senario sering tidak dipanggil sebagai juri program lawak.

Menerusi tweet pengguna Twitter yang dikenali sebagai @NaufalAntezem, beliau akui rasa pelik kerana kumpulan pelawak Senario masih wujud tetapi mereka sering tidak dipanggil untuk menjadi juri program lawak. “Kita masih ada Senario tapi mereka tak selalu jadi program lawak. Pelik bukan?.”-Tweet @NaufalAntezem

Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’

Salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek kemudian tampil menjawab persoalan pengguna Twitter tersebut memberitahu bahawa laman Twitter mereka sukar untuk diikuti oleh ramai orang, inikan pula stesyen televisyen mahu memanggil mereka sebagai juri program lawak. “Kat Twitter ni pun susah korang nak follow, ni kan lagi stesyen tv nak panggil jadi juri.”-Saiful Apek

Pelbagai Reaksi Warganet

Menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet meluahkan pendapat terhadap kumpulan pelawak veteran tersebut.

“Dorang sekarang nak panggil yang ada follower million, mana dorang nak pandang dah pelawak veteran ni. Zaman da berubah..teruk betul. Sebab ape tau, sebab rating jer. Astro ni memang carik artis yang boleh naik rating diorang. MLM ni hanya sekadar hiburan jer. Bukan tempat produce new talent pun. Bertabahlah warganet sakit mata dan hati dengan juri yang ada. Pastu jemput ustaz jadi juri hahahaa. Begitulah Malaysiaku Tercinta. Hahaha tulah tak faham. pertandingan lawak, pelawaklah juri. Pertandingan nyanyi, penyanyi lah juri, Pertandingan memasak, tukang masak lah juri. Ni sapa2 tah jadi juri.”

Terdahulu, Murai My pernah melaporkan bahawa kumpulan Senario bakal  kembali dengan filem terbaharu tidak lama lagi. Selain Saiful Apek, kumpulan yang sering silih berganti aanggotanya ini terdiri daripada Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli, dan Yassin Yahya. Sumber : Murai.my

Tiada pengalaman dalam bidang lawak. Baru pertama kali jadi juri MLM Uqasha Senrose luahkan sesuatu.

Mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, namun pelakon cantik Uqasha Senrose tetap teruja menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya iaitu sebagai salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Menurut Uqasha, dia teruja apabila diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri tetap dalam pertandingan MLM2021 selepas bertahun-tahun menjadi penonton setia rancangan tersebut. “Saya sebagai ‘mata-mata’ penonton dan seorang pelakon, saya nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak ‘otai’ kita.

Kalau kelakar, kita gelak,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. Tambah Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dia sangat berterima kasih kepada pihak Astro kerana memilihnya menjadi juri dalam program yang dianggap cukup hebat itu.

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada saya menggalas tugas sebagai juri tetap untuk  program yang cukup hebat ini. “Bertahun-tahun saya memang pengikut setia Maharaja Lawak, tak pernah tinggal (menonton) rancangan ini dan saya terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka,” ujarnya.

Apabila dilantik menjadi salah seorang juri tetap dalam MLM, tunangan kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan yang disampaikan oleh semua peserta.

“Tahun ini saya salah seorang juri. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan terbaik yang diberikan peserta,” ujarnya. Selain Uqasha, juri MLM 2021 yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Warna (Astro 107) turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan Diana Danielle. Sumber: K! ONLINE

Ramai berteka teki bila tular Welcome Board. Sekali biar betul Kamal Adli dan Uqasha bakal nikah pada 21 Oktober ini.

Tarikh perkahwinan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian apabila terbaru, ada peminat yang mulai meneka mereka bakal disatukan pada 21 Oktober depan. Spekulasi itu mulai timbul selepas kad welcome board (papan ucapan selamat datang) majlis pernikahan mereka tersebar dalam laman sosial TikTok sejak semalam lalu tular.

Terdahulu, Uqasha yang tampil serba putih pada sesi makan malam sebagai meraikan majlis bridal shower dan bachelorette party baru-baru ini menguatkan lagi andaian dia bakal bergelar isteri kepada juara Hero Remaja 2007/08 itu. Kamal menerusi Instagram turut memuat naik foto Uqasha selain menitipkan doa semoga semua urusan dipermudahkan.

Sementara itu dalam video yang dikongsikan pemilik akaun @kadgalericinta tersebut, terpapar nama Kamal dan Uqasha bersama tarikh Oktober 21. Namun, tarikh sebenar majlis tidak pula disertakan.

Lalu, pelbagai komen ditinggalkan peminat memandangkan tarikh 21 Oktober hanya dalam tempoh beberapa hari dari sekarang. Tidak kurang yang turut mengandaikan bahaqa angka 21 itu sebenarnya merujuk kepada tahun 2021. Sehingga kini, keduanya belum mengesahkan kesahihan mengenai perkara berkenaan. Sumber : Media Hiburan

Muat naik foto sampai tiang dinding pun bengkok. Sampai ada yang tawar diri nak bantu Uqasha edit gambar.

Pelakon Uqasha Senrose, 29, menarik perhatian wargamaya sekali lagi gara-gara membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama aktor Kamal Adli, 35. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyunting bahagian pinggul sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya turut membengkok.

Menyedari kejadian itu, rata-rata warganet mula membanjiri ruangan komen dengan menyatakan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut. Ada juga segelintir pengikut yang menawarkan diri untuk membantu pelakon drama Perempuan Tanpa Dsa membuat suntingan.

“Walaupun saya ternampak garisan dinding tiang tu bengkok.. tapi takpa.. Kak Usya comel la. “Akak kalau tak reti edit boleh PM saya tau. Saya bantu akak confirm clean bukti. “Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari. Hahaha senget sikit tu.

“Saya boleh tolong sunting kan lain kali,” antara komen-komen yang ditulis. Sebelum ini, Uqasha pernah ditegur netizen selepas berkongsi foto yang disunting di majlis ulang tahun kelahiran ke-28.

Walaupun begitu, Uqasha mengakui dia tersalah menyunting sehinggakan lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok. Sumber : https://gempak.com

Uqasha Senrose dedahkan terharu dapat kek dari yang tersayang. Terkejut sekali ini reaksi dari Kamal Adli.

Pelakon Kamal Adli mengirimkan sebiji kek buat tunang tersayang, aktres Uqasha Senrose yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini. Berkongsi video kek comel yang diterima, Uqasha turut menzahirkan rasa terharu atas kiriman si dia yang tersayang.

“Alhamdulilah thank you so much to my sweet fiance for this beautiful cake @kamaladli. Sayang sgt sgt nk makan sbb cantik sgt even tgh pkp ni pun awak still buat effort hantar cake order cake thank you,” tulisnya sebagai kapsyen pada hantaran di Instagram.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan yang diberikan peminat terhadapnya. “And ofcuz thank you untk semua wish2 ada yg qasha tk sempat baca lg sbb tak berapa nk sihat. Alhamdulilah rasa disayangi sgt. Im already 29 still young n healthy, alhamdulilah #blessed,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat sekali lagi memberikan dedikasi selamat hari jadi dan tak kurang yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini. Malah Kamal juga dilihat turut tinggalkan reaksinya iaitu;

You cik bubu, deserve more and better than this. Apakan daya, much love,” respon Kamal sambil disusuli emoji berbentuk hati. Terdahulu, jalinan cinta mereka berdua difahamkan mulai berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu. Pengarah, Michael Ang ‘pecahkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa D0sa.

Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Mereka selamat melangsungkan pertunangan pada awal April lalu dan majlis merisik dijalankan serentak secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *