Home / kisah hidup / PU Riz Jadi Cikgu Sementara Sekolah Menengah

PU Riz Jadi Cikgu Sementara Sekolah Menengah

Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsikan gambarnya lengkap berkemeja berada di sekolah. Difahamkan, PU Riz menjadi cikgu sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling.

Meluahkan rasa syukur dapat menjalankan tanggungjawab murni sebagai guru, suami kepada Neelofa berkata sudah menjadi tanggungjawabya sebagai guru meningkatkan prestasi pelajar.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada.

“Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu turut menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada sekolah berkenaan bagi membantu proses pembelajaran pelajar.

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

SUMBER :  KOSMO!

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.