Home / artis / Pernah Dihalau Kebasahan Ketika Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu ‘Hujan’

Pernah Dihalau Kebasahan Ketika Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu ‘Hujan’

Reda kisah percintaannya dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Ahmad Iqbal dikhabarkan akan muncul dengan single terbaru berjudul Hujan.

Menerusi satu perkongsian, Iqbal berkata lagu tersebut adalah kisah benar tentang suka duka perjalanan hidupnya selama ini dan akan dilancarkan pada 1 November depan.

“1 November lagu saya yang bertajuk Hujan (Official Music Video) bakal ditayangkan di YouTube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini,” tulisnya.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai tajuk lagu tersebut, yang merasakan sesuai diberi tajuk sebagai ‘Banjir’, Iqbal lagu itu diberi tajuk Hujan kerana dia pernah dihalau dan kebasahan ketika hujan.

“Hujan kerana waktu itu saya kebasahan di tengah hujan, dihalau ketika sedang hujan lebat. Bukan banjir,” jawabnya.

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.