Home / artis / “Pelakon Lelaki Bersifat J4ntan Dah Kurang”..Faizal Hussein

“Pelakon Lelaki Bersifat J4ntan Dah Kurang”..Faizal Hussein

Pelakon hebat, Faizal Hussein mengakui bahawa industri seni tanah air kini kekurangan pelakon lelaki yang memiliki sifat kejantanan.

Menurut Faizal, zaman sekarang lebih ramai pelakon ‘adik-adik’ berbeza ketika zamannya. Katanya lagi, kebanyakan pelakon sekarang berselindung di sebalik imej lelaki perkasa.

“Zaman sekarang, pelakon ‘adik-adik’ ini terlalu ramai. Berbeza dengan ketika zaman saya atau sebelumnya yang mana pelakon lelaki dinilai dengan pakej lengkap, memiliki rupa, bakat dan kejantanan.

“Dari segi penampilan, pelakon ‘lembik’ ini menampakkan ciri kelelakian dengan janggut, misai dan berbadan sasa. Tetapi apabila berada dalam keadaan selesa, mereka mula menyerlahkan sisi ‘lembut’ yang menjadi karakter semula jadi mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal berkata kebanyakan ‘kejantanan’ pelakon lelaki dahulu bukan datang dari badan yang sasa, sebaliknya datang dari hati dan tidak dibuat-buat. Ujarnya, dia turut mengikuti kelas mempertahankan diri sebelum bergelar pelakon.

“Ini kerana ramai pelakon lelaki pada masa dahulu dibekalkan dengan asas seni mempertahankan diri yang mereka pelajari sebelum menjadi pelakon lagi.

“Disebabkan itu, bagi kebanyakan pelakon lelaki dahulu, kejantanan mereka bukan datang dari badan yang sasa, sebaliknya datang dari hati. Kalau jiwa adik-adik, letaklah janggut, misai atau badan sasa sekalipun, orang tetap akan nampak mereka sebagai adik-adik,” katanya.

Tambah Faizal lagi, dia berharap agar pemilihan pelakon lelaki perlu dinilai bukan pada rupa paras semata-mata, tetapi turut mempunyai ciri ‘kejantanan’.

SUMBER :  UTUSAN ONLINE

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.