Home / berita / KKM Akan Memulakan D0s Pengg4lak Kepada Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Serta Barisan Hadapan

KKM Akan Memulakan D0s Pengg4lak Kepada Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Serta Barisan Hadapan

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan d0s penggalak (booster dose) kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan juga anggota barisan hadapan yang telah menerima d0s lengkap sekurang-kurangnya 6 bulan yang lalu.

Menurutnya, individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi itu, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK).

“Objektif pemberian dos penggalak vaksin C0VID-19 ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin C0VID-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambahnya lagi, dos penggalak merupakan d0s tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan yang mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa (waning immunity).

Pemberian d0s ini akan melibatkan penerima dos lengkap v4ksin Comirnaty iaitu keluaran syarikat Pfizer BioNTech dahulu di mana individu tersebut akan menerima v4ksin yang sama (homologous vaccination) iaitu v4ksin Comirnaty. Ini memandangkan hanya v4ksin Comirnaty yang telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 8 Oktober 2021.

Dalam pada itu, KKM juga merancang untuk memulakan kajian pemberian d0s penggalak bagi jenis v4ksin yang berlainan (heterologous vaccination).

Kajian tersebut dikatakan akan dilaksanakan di Sarawak pada bulan November 2021 dan akan diperluaskan ke negeri lain selepas mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC).

“Pemberian d0s tambahan pula akan diberi kepada individu yang mempunyai imuniti rendah (immunocompromised) seperti pesakit kanser, penerima organ, pes4kit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis dan sebagainya di mana pemberian d0s lengkap tidak cukup untuk memberikan perlindungan optimum kepada mereka. Dos tambahan ini diberikan sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan d0s lengkap v4ksin C0VID-19,” ujar Khairy lagi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.