Home / artis / “I Said NO!”- Bukan Anti V4ksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian V4ksin Covid-19

“I Said NO!”- Bukan Anti V4ksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian V4ksin Covid-19

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan ujian klinikal v4ksin C0vid-19 Sin0vac untuk kanak-kanak tiga hingga 11 tahun.

Malah Mila tidak akan membenarkan satu-satunya anaknya, Mohd Ariff Zikri, 4, untuk menyertai ujian tersebut.

“Maaf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kami ibu atau bapa tak akan biarkan anak-anak kami sertai ujian itu. Harap maklum,” tegasnya.

Mila berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Semalam, Khairy berkata mengenai rancangannya itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada KKM sudah meneliti kesesuaian serta keberkesanan v4ksin C0vid-19 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pun begitu, Mila dalam masa yang sama menafikan dirinya adalah seorang anti v4ksin, namun kali ini dia tetap dengan pendiriannya.

“I am not anti-v4ccine or pro-vaccine. I am vaccinated. To achieve Herd immunity…But for a child ” I SAID NO ‼”” tegasnya lagi.

Kemas kini Mila itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya yang rata-rata bersetuju dengan pendiriannya.

“Dah lah saya nak dapatkan anak punya susah … nak suruh jadi bahan kajian? Memang tak lah.!,” komen salah seorang pengikutnya.

“Sudah-sudah tu jadi bahan uji. Ingat nyawa ni apa? Mak ayah dah berkorban, cukuplah,” tegas salah seorang warga maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.