Home / artis / Ebit Lew sebak apabila dapat menziarahi penyanyi Elyana yang kini didvga dengan peny4kit k4nser limfoma.

Ebit Lew sebak apabila dapat menziarahi penyanyi Elyana yang kini didvga dengan peny4kit k4nser limfoma.

Pendakwah bebas & dermawan terkenal, Ebit Lew sebak apabila dapat menziarahi penyanyi Elyana yang kini diduga dengan penyakit kanser limfoma.

Kata Ebit, Elyana seorang yang kuat dan sentiasa mengucapkan syukur disamping suaminya yang setia ada menemaninya.

“Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau kanser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan elyana dan keluarga.

“Suaminya seorang yang baik dan kuat. Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah.

“Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih pada Allah,” katanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika membuat kunjungan tersebut malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tambah Ebit lagi, Elyana menjadi asbab kekuatan rakyat Malaysia yang turut hadapi dugaan kanser.

“Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan kanser dan ujian hidup.

“InsyaAllah kita sama-sama doakan buat Elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang,” ujarnya.

Dalam pada itu menerusi IG Elyana pula dia bersyukur kerana menerima kunjungan istimewa Ebit yang didakwa memberi semangat kepada dirinya.

“Alhamdulillah…Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew .

“Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya.Banyak ilmu yang saya dapat malam ni.

Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya..

“Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat,” kongsinya.

Elyana yang menghidap kanser limfoma baru sahaja menjalani kemoterapi kali kedua baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.