Home / artis / “Dia Lagi Kesian, Baru Lepas Cerai, Kita Faham Tak Ada Job”

“Dia Lagi Kesian, Baru Lepas Cerai, Kita Faham Tak Ada Job”

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli apabila beberapa pendakwah tampil memberi teguran secara terbuka mengenai kaedah pemasarannya yang keterlaluan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Lufya Omar yang bimbang tindakan Kak KM memuat naik iklan berunsur lucah  menjadi ikutan peniaga lain. Susulan teguran Lufya itu, Kak KM tampil membidas Lufya yang mahu menumpang kisahnya yang kini sedang viral dan jadi bualan ramai.

“Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham…aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job.

“Tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye. Aku tak kisah, tapi umpamanya kau ni jahat sangat,” katanya.

Tidak hanya berhenti setakat itu, Lufya turut menjawab serta mengharapkan sikap keras hati itu akan mendapat teguran daripada Allah kelak.

“Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!” tulisnya.

SUMBER :  ASTRO GEMPAK

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.