Home / artis / “Dengan Doa Ebit Lew, Hilang Rasa Sakit Saya” – Elyana

“Dengan Doa Ebit Lew, Hilang Rasa Sakit Saya” – Elyana

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Elyana meluahkan rasa terharu apabila menerima kunjungan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Berbesar hati dengan kunjungan tersebut, Elyana berkata rasa sakitnya hilang apabila Ebit Lew mendoakan untuk dirinya.

“Bila dapat tahu memang sangat berbesar hati. Saya pula baru selesai buat kimoterapi beberapa hari lalu. Badan masih tak kuat lagi.

“Tapi bila dengar ustaz nak datang tiba-tiba rasa satu semangat baru masuk. Ustaz datang lepas waktu Maghrib siap bawa buah tangan. Dengan doa dia, hilang rasa sakit saya. Bila sakit, jiwa gembira. InsyaAllah mental dan fizikal jadi kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Elyana turut mengucapkan kepada Ebit yang bukan sahaja datang memberi doa tetapi turut memberikan sedikit sumbangan kepadanya.

“Sebenarnya saya berterima kasih sangat dengan ustaz datang memberi doa, buah tangan dan tak disangka pihaknya turut memberi sedikit sumbangan,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Elyana berkata dia dalam proses pulih daripada kesan rawatan kimoterapi serta berharap akan segera pulih.

“Buat masa sekarang saya tengah ‘enjoy’ rasa kesan kimoterapi, macam biasa la, badan rasa panas, pening dan rasa mual.

“Tapi Alhamdulillah saya okay. Mungkin salah satu sebab doa daripada orang sekeliling sama ada kenal ataupun tidak. Tak putus orang berdoa,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.