Home / artis / Wargamaya Berang Rancangan Tarian Korea Guna Lagu Remix Laungan Azan

Wargamaya Berang Rancangan Tarian Korea Guna Lagu Remix Laungan Azan

SEBUT mengenai industri K-Pop, pasti ramai yang cukup tahu dengan jumlah peminatnya yang ramai seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya menerusi jumlah penonton yang mengikuti rapat rancangan dari Korea Selatan tersebut.

Dalam pada itu, tular sebuah isu baru-baru ini apabila sebuah rancangan tarian iaitu Street Woman Fighter telah menggunakan sebuah lagu pembukaan yang merupakan remix daripada laungan azan.

Penggunaan lagu tersebut nyata membuatkan penonton khususnya mereka yang beragama Islam berang selepas menyentuh sensitiviti agama dengan menggunakan laungan azan sebagai lagu dan juga hiburan.

Bukan itu sahaja, pihak Mnet turut dikecam hebat oleh para netizen dengan tanda pagar #MnetApologize yang menyeru Mnet untuk menggunakan lagu lain serta mahu pihak Mnet memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Mnet tampil dengan permohonan maaf dengan kesalahan yang dibuat selepas memaklumkan pihak mereka tidak menyedari lagu tersebut menyentuh sensitiviti agama. Pihak Mnet juga sedia menggantikan lagu lain bagi acara pembukaan rancangan tersebut.

Terjemahan dalam bahasa English:

Dear audience,

On behalf of the Mnet Street Woman Fighter production team, we offer a sincere apology regarding the soundtrack used in the opening of the first episode of Street Woman Fighter.
The song is an electronic soundtrack that is officially registered on the official streaming site. The production team thought that the electronic sound of the song was suitable as the background music of the program. We certainly did not hold any other intentions.
We sincerely apologize for the unintended inconvenience caused by the possibility of recalling a specific rhyme. Respecting your criticism, the video will be re-uploaded after replacing the background music.

Mnet will continue to listen to the opinions of the viewers around the world.
We appreciate your interest in Mnet Street Woman Fighter.

Untuk pengetahuan, lagu ini sudah mulai diterbit sejak tahun 2013 lagi dan dinyanyikan oleh kumpulan Losers. Walau bagaimanapun, kumpulan ini mulai mendapat perhatian penonton pada tahun ini selepas digunakan pada acara berkenaan.

Sehingga kini, lagu tersebut di YouTube telah menerima lebih 12,000 dislikes dan 150,000 tontonan selepas insiden tersebut di mana para netizen bertindak mahu report lagu berkenaan.

Rakaman yang tular

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzati Elya (@izzatielya.official)

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber:kosmo

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.