Home / artis / Sharnaaz Ahmad Terkej0t Nabila Cak4p Nak T4pis Ibu Tiri

Sharnaaz Ahmad Terkej0t Nabila Cak4p Nak T4pis Ibu Tiri

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada memuat naik ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Jebat Jayden yang ke-3.

Namun, apa yang menjadi perhatian komen ditinggalkan bekas isterinya, Noor Nabila sempat bergurau kepada siapa yang mahu menjadi ibu baru Jebat boleh tinggalkan ‘resume’ untuk ditapis dahulu.

Mengulas mengenai gurauan tersebut, Sharnaaz berkata dia sendiri terkejut namun bersetuju kerana sebagai seorang ibu pasti Nabila mahukan yang terbaik untuk Jebat.

“Saya pun tak tahu terkejut juga dia cakap macam tu. Tapi betul la juga apa dia cakap.. dia ibu kandung Jebat jadi kena tengok la mak tiri,” katanya.

Kata Sharnazz lagi, Nabila juga berhak untuk melihat siapa yang bakal menjadi ibu tiri Jebat sama ada boleh menjaga anak tunggal mereka.

Sementara itu, menjawab mengenai status hubungannya dengan anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz, Sharnaaz berkata Azira mempunyai ciri-ciri wanita yang diimpikan.

“Apa pun, Jebat kena approve dulu.. dia boleh panggil mummy, okey jalan. Kalau tak bye bye. Azira seorang yang sangat-sangat baik. Memang Azira ada ciri-ciri wanita idaman saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.