Home / artis / “Saya Ada Seb4b Tak Nak V4ksin, Tiada Siapa Boleh P4ksa”

“Saya Ada Seb4b Tak Nak V4ksin, Tiada Siapa Boleh P4ksa”

Pelakon Lana Nodin memaklumkan dia tidak dapat meneruskan penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard kerana dia akan pulang ke Amerika Syarikat pada Sabtu ini bukan kerana tid4k div4ksin.

Menurut Lana, berlaku sal4h faham mengenai perkara itu yang akhirnya mengelirukan netizen. Ujarnya, dia terp4ksa menolak tawaran tersebut dan sudah berbincang dengan produksi.

“Awal-awal lagi mereka sudah tanya dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu, tetapi saya memang tak dapat nak sertai disebabkan akan balik ke negara suami hujung minggu ini.

“Bukan sebab saya belum v4ksin. Jadi saya memang terp4ksa tolak tawaran tersebut dan mereka kini sedang mencari pelakon lain yang sesuai bagi menggantikan watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Lana menafikan dirinya anti vaksin dan akan tetap mengambil vaksin tidak lama lagi. Ujarnya, dia ada sebab tersendiri untuk tidak ambil vaksin ketika ini.

“Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesih4tan, dia s4kit j4ntung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti.

“Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menol4k vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,” ujarnya.

Kata Lana lagi, dia akan mengambil v4ksin namun bukan di Malaysia dan tidak dalam terdekat ini. Ujarnya, dia ada hak sebagai rakyat Malaysia dan tiada siapa boleh m3m4ksanya.

“Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa tak nak ambil v4ksin ketika ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya sebagai rakyat. Tiada siapa boleh paksa,” katanya.

sumber : https://www.rotikaya.com/

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.