Home / National / Lebih 5 Bulan ‘Hil4ng’, Sajat Yang Bersembvnyi Di Thailand Dit4han Pihak Berkvasa

Lebih 5 Bulan ‘Hil4ng’, Sajat Yang Bersembvnyi Di Thailand Dit4han Pihak Berkvasa

Selepas hampir 5 bulan menghil4ngkan diri, akhirnya usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilaporkan sudah dit4han pihak imigresen Thailand 8 September lalu.

Sajat dit4han oleh pihak berkuasa negara itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber berkata, Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan.

Bagaimanapun, Sajat dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) dan diikat jamin oleh kenalannya dikenali sebagai Misha.

Namun, Sajat dikatakan perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari. Sumber memaklumkan, Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

Difahamkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat pulang namun agak sukar kerana melibatkan campur tangan pihak antarabangsa serta pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Malah, Sajat juga didakwa edang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Sementara itu, Sajat dipercayai memakai purdah dan niqab sebagai taktik untuk meloloskan diri ke Thailand yang dibantu oleh seorang lelaki serta membayar sebanyak RM20,000 untuk selamat tiba di Bangkok.

“Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

“Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Sajat dikatakan dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

SUMBER : HARIAN METRO

About admin

Check Also

“terima kasih atas penghina4n” Vida Menangis Minta Maaf & Cerita Situasi Sebenar, Iqbal Sudah Tawar Hati

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli …

Leave a Reply

Your email address will not be published.