Home / artis / “Kem4t1an Arw4h Siti Sarah, Mimpi B4kal Men1ngg4l Dvnia Antara Sebab Saya Berubah” – Harris Anuar

“Kem4t1an Arw4h Siti Sarah, Mimpi B4kal Men1ngg4l Dvnia Antara Sebab Saya Berubah” – Harris Anuar

Jika dilihat pada hantaran-hantaran Harris Annuar di Instagram sejak kebelakangan ini, banyak perkongsian tentang agama yang dibuat oleh pelakon dan pengacara itu.

Selain perkongsian berbentuk Islamik, Harris, 28, turut melibatkan diri dengan aktiviti dakwah termasuk berguru dengan pendakwah bebas, Ebit Lew.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Mungkin ramai bertanya, apakah yang menyebabkan Harris nekad untuk berubah dan mendalami ilmu agama?

Menurut adik kepada pengacara Nadia Annuar itu, antara sebab kepada penghijrahannya adalah selepas melihat pemergian arw4h Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini.

“Kalau ingin diceritakan agak panjang, tetapi antara sebab mengapa saya berubah adalah selepas melihat kem4ti4n Siti Sarah. Ketika arw4h pergi, ramai yang mendoakan kesejahteraannya. Saya sangat cembvru kerana bagi saya, arw4h pergi dengan cara yang sangat mulia. Orang kata men1ngg4l dalam husnul khotimah.

“Sewaktu menyaksikan tahlil yang dibuat untuk arw4h juga, saya berasa terpegun melihat ramai rakan-rakan artis yang telah berubah. Jadi, saya bertanya kepada diri sendiri, bila giliran saya mahu berubah?

“Pada sebelah malamnya, sewaktu tidur, saya mendapat mimpi yang saya pula akan men1ngg4l dunia. Dari situ saya tahu yang Allah ingin tunjukkan sesuatu kepada saya,” ujar Harris kepada Gempak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Ditanya adakah dia akan men1ngg4lkan dvnia hiburan sepenuhnya, Harris menjawab: “Ramai berpendapat yang apabila seseorang artis itu telah berhijrah, dia perlu men1nggalk4n dunia hiburan.

“Tetapi Ebit menggalakkan saya untuk menggunakan platform yang ada dalam menyebarkan kebaikan. Saya juga jadikan hijrah ini sebagai platform untuk meraih seberapa banyak ilmu yang boleh. Saya t4kut kalau m4ti nanti saya tiada ilmu,” jelas Harris.

Dalam pada itu, Harris juga berharap agar dirinya akan terus istiqamah dalam menjalani penghijrahannya.

“Sebelum ini saya jaga aurat tetapi makin lama hal itu saya tidak endahkan. Jadi selepas berhijrah, saya cuba untuk jaga diri dan sentiasa menjaga aurat pada bila-bila masa, walaupun sewaktu berlakon dan bersukan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Harris bakal menjalani penggambaran drama bersiri Kerana Dia Suka yang dijadualkan bermula dalam bulan ini di Perlis.

sumber : https://gempak.com/

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.