Home / artis / Hamil Anak Ketiga, Syatilla Melvin L0ya Tengok Rumah Sendiri

Hamil Anak Ketiga, Syatilla Melvin L0ya Tengok Rumah Sendiri

Kini hamil anak ketiga, pelakon Syatilla Melvin berkongsikan dia turut mengalami simptom mabuk hamil seperti loya dan munta-muntah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syatilla meluahkan rasa bahawa dia loya melihat rumahnya sendiri. Ujarnya, apabila bangun sahaja tidur, dia terasa seperti nak muntah melihat persekitaran serta langsung tidak boleh melihat dekorasi rumahnya.

“Tilla tak boleh tengok rumah Tilla sendiri. Ya Allah rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri. Barang2 rumah yang Tilla deko semua tak boleh pandang. Matilah macam ni Ya Allah. @shaheizy_sam takkan kena tidur hotel sampai beranak?” tulisnya.

Perkongsian Syatilla itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan situasi sama ketika hamil sehingga terpaksa berpindah ke rumah ahli keluarga lain.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar proses kehamilan Syatilla dipermudahkan serta kandungan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Syatilla berkahwin dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy kini berusia setahun.

 

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.