Home / artis / Dayah Zubit Bukan Lagi Pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza Upah Guru Jadi Penjaga

Dayah Zubit Bukan Lagi Pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza Upah Guru Jadi Penjaga

Hampir tiga tahun menjadi pengasuh Aafiyah, Nur Hidayah Zubit atau lebih mesra dipanggil Dayah terpaksa menamatkan kerjayanya sebagai pengasuh anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza.

Menurut Siti, Dayah terpaksa berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan tempat Dayah digantikan dengan seorang pengasuh baharu yang merupakan seorang guru.

“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah

“Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif..sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Dayah mempunyai kelulusan dalam bidang kejururawatan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.

SUMBER : mStar Online

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.