Home / kisah hidup / Cik B Masih Tak Terima Iqbal, DSV Buat Solat Hajat Untuk Lembvtkan Hati

Cik B Masih Tak Terima Iqbal, DSV Buat Solat Hajat Untuk Lembvtkan Hati

Baru-baru ini, anak sulung kepada jutawatan kosmetik terkenal iaitu Cik B tidak bersetuju ibunya, Datuk Seri Vida untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal.

Menurut Vida, dia memahami situasi Cik B yang masih trauma dengan sejarah perkahwinannya terdahulu kerana bimbang ianya akan berulang lagi.

“Cik B sekarang masih dengan keputusan dia dan tak boleh terima lagi situasi ini tapi saya faham trauma yang dilalui.

“Sebenarnya Cik B ni seorang yang protective. Dia trauma dan takut sejarah silam saya berulang lagi. Kegagalan saya bersama suami sebelum ini pun berlaku depan mata dia,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata bakal suaminya terasa hati dengan kenyataan Cik B yang beranggapan cerita perkahwinan mereka ini sebagai konten pemasaran.

“Kenyataan Cik B memang memberi tamparan hebat buat Iqbal untuk telan semua ini. Tapi saya tetap mendoakan dan buat yang terbaik buat Cik B dengan melakukan solat hajat dan sebagainya supaya dia tenang dan tidak memberontak.

“InsyaAllah satu hati nanti saya harap dia boleh terima kehadiran papa baru. Walaupun muda tapi matang dan boleh membantu saya capai kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya.

SUMBER : Astro Gempak

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.