Home / kisah hidup / “Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya”Roslan Shah Mimpi Kahwin Dengan DSV

“Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya”Roslan Shah Mimpi Kahwin Dengan DSV

Hangat diperkatakan mengenai hubungan cinta, Datuk Seri Vida, muncul pula pelakon Roslan Shah mendedahkan dia bermimpi berkahwin dengan jutawan kosmetik itu.

Pelakon berusia 49 tahun itu berkata dia tidak menolak andai bertemu jodoh dengan Vida. Katanya lagi, dalam mimpi tersebut Cik B dan Kanak menerima dia seadanya.

“Banyak sangat keluar cerita Datuk Seri Vida nak kahwin. Pagi tadi bangun tidur, Cik Lan teringat mimpi berkahwin dengan Datuk Seri Vida pula tiba-tiba. Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya. Mimpi kali pertama,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Roslan turut berseloroh mengatakan mujur ianya hanya satu mimpi dan dia tidak mampu nak beri RM1 juta sebulan.

“Selamat cuma mimpi. Tapi kalau sudah berjodoh, nak buat macam mana ya. Cik Lan tak mampu nak beri satu bulan satu juta.

“Cik Lan mampu kasi makan rojak buah Maznah Ke Tu saja. Cik Lan orang miskinlah. Ini gambar kenangan Cik B dan Kacak semasa kecil dulu ya,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang terhibur dengan pendedahan tersebut serta tahu bahawa Roslan sememangnya seorang yang suka berjenaka.

SUMBER :  UTUSAN ONLINE

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.