Home / artis / Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland

Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland

Bagi korang yang mengikuti akaun media sosial milik selebriti Johan dan Ozlynn, pasti kagum dengan cara serta ketegasan pasangan tersebut dalam mendidik anak-anak mereka.

Terbaharu, menerusi laporan Astro Gempak, anak sulung mereka Ariq telah berangkat ke luar negara bagi menyambung pengajian dipercayai dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail memuat naik foto dan video memaparkan antara momen terindah remaja itu bersama keluarga.

Menurut Ozlynn, anak lelakinya itu memiliki sifat manja yang diibaratkan seperti ‘baby besar’ walaupun semakin meningkat dewasa.

“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh bukak pon dia selamber jek bukak.
“Tidur ketiak papa lagi.. kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur.. ada ke macam dia nih.. masih baby di mata papa n mama,” tulis Ozlynn.

Bagaimanapun aktres drama Bukan Gadis Biasa itu berkata, Ariq kini perlu menjalani kehidupan baharu sekali gus berdikari serta menguruskan segalanya dengan sendiri selain menitipkan doa buat anak tersayang.

“Sekarang baby besar ni dah mula kena berdikari, urus diri sendiri, makan minum semua dah takde siapa suapkan..
“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah..
“Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu.. dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,” ujarnya.

Posting tersebut dihujani komen pengikut pasangan itu dimana rata-rata mengucapkan selamat maju jaya kepada Ariq dalam menempuhi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar sehingga berjaya.

Terdahulu, Johan dan Ozlynn yang berkahwin pada 25 Julai 2009 turut dikurniakan Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan seorang lagi cahaya mata yang belum didedahkan namanya.

Sumber: Instagram Johan & Ozlynn

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.