Home / kisah hidup / 15 Tahun Kahwin, Suhaimi Saad Sentiasa Angau Dengan Ina Naim

15 Tahun Kahwin, Suhaimi Saad Sentiasa Angau Dengan Ina Naim

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sering mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsiannya di Facebook memuji dan menghargai isterinya, Ina Naim. Menurut Suhaimi Ina mempunyai banyak kelebihan antaranya setia, penyabar dan cantik.

Kata Suhaimi lagi, isterinya itu tetap cantik walaupun sedang marah, mempunyai kesabaran tinggi dan seorang yang sangat setia.

Sudah 15 tahun berkahwin, Suhaimi berkata hubungan mereka suami isteri masih romantis di dalam dan luar rumah serta sentiasa solat berjemaah.

Perkongsian Suhaimi Saad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia. Untungnya Ina dapat suami yang sentiasa menghargai dan memuji pasangan.

SUMBER :  CARI FORUM

About admin

Check Also

Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza

Semalam, senarai 13 peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan telah pun diumumkan. Apa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.